Sekolah Rendah Islam
III mula beroperasi pada 5 Januari 1998. Pada awal penubuhan sekolah
ini mempunyai 45 orang murid sahaja. Sekolah ini telah
diasaskan oleh Ahli Jawatankuasa Rancangan FELDA Chuping yang
diketuai oleh Abu Talib Bin Husin.
Pada
awalnya sekolah ini menumpang bangunan Sekolah Agama Rakyat FELDA Chuping. Sekolah ini berada dibawah naungan
Yayasan Islam Perlis (YIPs)
selama 8 tahun. Pada tahun
kedua penubuhan, sekolah ini mendapat sebuah bangunan baru
yang didirikan secara gotong-royong. Kesemua
guru yang dilantik mendapat
gaji yang dibayar oleh YIPs, mengikut perjanjian pada masa itu YIPs
hanya menyediakan tenaga pengajar manakala kemudahan-kemudahan lain
disediakan oleh FELDA.
Walau
bagaimanapun segala-galanya berubah apabila YIPs telah menandatangani
MOU untuk menyerahkan Sekolah Rendah Islam
III untuk diuruskan oleh Jabatan Pendidikan Islam Dan
Moral ( JAPIM ) Kementerian Pelajaran Malaysia . Sekolah ini telah diambil alih sepenuhnya
pada 1 Januari 2006. Semua guru mendapat gaji yang diuruskan oleh JAPIM, dan telah diberi Kursus Dalam Cuti ( KDC )
yang diuruskan oleh Institut Perguruan diseluruh Malaysia.
Sekolah ini juga mendapat sebuah bangunan baru
2 tingkat serta kemudahan-kemudahan asas yang lain. Sekarang
sekolah ini dikenali sebagai Sekolah Agama Bantuan Kerajaan.
No comments:
Post a Comment